Hari ini dalam sejarah – 18/03/07
Beribu-ribu tahun selepas masihi, tatkala pagi menjelang, dikisahkan 3 pahlawan bermain UNO (sejenis pertempuran menggunakan kad berwarna pada zaman itu) di ruang tamu rumah tamu.
Sebaik sahaja permainan bermula, Si Laksamana Andia sudah semakin dekat menewaskan kedua dua lawan negara jiran Laksamana Chai & Panglima Su.
Sayangnya, belia terlupa mengucapkan rangkai kata rahsia “UNO” yang membolehkan beliau menakluk dan menewas lawannya. Beliau ditangkap dan terpaksa menanggung akibatnya.
Dalam pertempuran berikutnya, Si Laksamana Andia dengan gagahnya mengharungi segala cabaran sehingga peringkat akhir. Laksamana Chai & Panglima Su beranggapan Si Laksamana Andia yang bijaksana tidak akan mengulangi ketidaksempurnaan dalam pertempuran sebelumnya. Namun di saat genting sebegini, Si Laksamana Andia masih tidak beringat-ingat agar mengucapkan rangkai kata kemenangan ‘UNO’.
Dengan semangat berkobar-kobar untuk menang, Si Laksamana Andia tiba-tiba mendapati bahawa strategi peperangan yang digunakannya tidak berkenaan dengan undang undang pertempuran.
Namun, sebagai Laksamana terunggul di negara beliau, Si Laksamana Andia tidak pernah berputus asa & bertekad untuk menewaskan pihak lawannya.
Si Laksamana Andia telah mencipta sejarah. Beliau telah mengulangi sejarahnya sebanyak 8 kali dalam 3 pertempuran.
Beliau menang pada akhirnya kerana Laksamana Chai & Panglima Su terlalu asyik ketawa terbahak bahak sehingga lupa diri.
Ps. Parameswara, Hang Tuah, Puteri Hang Li Po dan Laksamana Cheng Ho turut mengakui kehandalan Si Laksamana Andia dan bersetuju menganugerahi beliau dengan gelaran ‘sap ha sap ha’ :p
4 comments:
Karangan yang hebat.
10/10 - anugerah "Recommended"
:)
Malangnya tajuk karangan dalam Bahasa Inggeris. :X
sap ha sap ha the 2nd? hehe
actually karangan ini encompasses the elemen yang Malaysia is a muhibbah kok ga :p since parasmeswara time :p hehe
Post a Comment